Translate

Nasihat Jerk...

SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH ARAB JAIM AL-AHMADI
KM18, PAYA RUMPUT JAYA,
76300 SUNGAI UDANG, MELAKA



KANDUNGAN


1. Profil Sekolah.
1.1 :Sejarah sekolah.
1.2 :Misi SMA JAIM Al-Ahmadi
1.3 :Visi SMA JAIM Al-Ahmadi
1.4 :Moto SMA JAIM Al-Ahmadi
1.5 :Piagam Pelanggan
1.6 :Bendera sekolah
1.7 :Logo  sekolah
1.8 :Pelan sekolah

2. Profil Pusat Sumber.
2.1 : Sejarah dan Latar Belakang Pusat Sumber
2.2 : Lokasi Pusat Sumber
2.2.1 : Pelan Kedudukan Pusat Sumber
2.2.2 : Pelan Kedudukan Lantai Pusat Sumber
2.3 : Visi Pusat Sumber
2.4 : Misi Pusat Sumber
2.5 : Motto PSS
2.6 : Matlamat PSS
2.7 : Objektif PSS
2.8 :Piagam  Pelanggan
2.9 : Strategi

3. Jawatankuasa PSS
3.1 :Carta Organisasi Induk PSS
3.2 :Carta Organisasi JK Kerja PSS
3.3 :Carta Organisasi Pengawas,
3.4 :Jadual Tugas Pengawas dan Senarai Nama Pengawas
3.5 :Senarai Tugas JK PSS

4. Perancangan Strategik
4.1 :Takwim Sekolah
4.1.1: Takwim PSS
4.1.2: Perancangan Strategik PSS 2010
4.1.3: Carta Gantt

5. Matlamat  Pusat Sumber Ibnu Kathir
5.1  Koleksi Bahan Buku dan Bahan Bukan Buku

PROFIL SEKOLAH
SMA JAIM AL-AHMADI

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Abd. Karim bin Haji Mohsin pada tahun 1963. Sekolah ini pada asalnya adalah berkonsepkan sekolah pondok. Pada tahun 1980, sIstem pembelajaran telah diubah kepada pengajian mengikut kurikulum Al Azhar, mempunyai dua komponen iaitu kurikulum akademik mengikut sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran dan kurikulum agama mengikut sukatan pelajaran Al-Azhar.

Pada masa tersebut, sekolah ini mempunyai sistem pendidikan sepadu 50 % bagi matapelajaran Arab dan 50 % matapelajaran akademik. Kemasukan pelajar bermula daripada tingkatan peralihan sehingga ke tingkatan lima. Di  samping itu juga , mereka menduduki peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) diTingkatan Dua, Sijil Menengah Agama (SMA) di Tingkatan Empat, Penilaian Menengah Rendah (PMR) diTingkatan Tiga dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di  Tingkatan Lima.

Pelajar-pelajar yang telah menduduki peperiksaan SPM dan mendapat keputusan yang baik layak memohon untuk menyambung pengajian ke Universiti tempatan dan luar negeri serta melanjutkan pelajaran di kolej-kolej.

Dalam bidang kokurikulum,sekolah ini terkenal dalam bidang sepak takraw dan menjadi johan dalam setiap pertandingan bahagian kawasan Tanjung sejak tahun 80 an sehingga sekarang

Sekolah Menengah Arab JAIM Al Ahmadi yang terletak di lot 1250, mukim Paya Rumput Jaya (PARUJAS) seluas 10 ekar ialah tapak sekolah dan bangunan baru yang telah siap dibina pada awal tahun 2000. Warga sekolah telah berpindah ke sekolah baru yang ada sekarang pada minggu pertama bulan Februari tahun 2000.

Kompleks sekolah baru ini terdiri daripada dua blok bangunan. Blok A mempunyai tiga tingkat yang mengandungi sembilan bilik darjah darjah, makmal sains, pejabat, bilik guru, pusat sumber sekolah, bilik komputer, koperasi dan tandas guru dan pelajar. Manakala blok B pula setinggi dua tingkat mempunyai dua makmal sains, tiga bengkel kemahiran hidup dan bilik SPBT serta dua buah tandas.Terdapat juga sebuah blok bangunan asrama yang boleh memuatkan 300 orang pelajar. Selain daripada itu, terdapat juga sebuah kantin harian dan juga kantin asrama.

Daripada segi kemudahan untuk aktiviti sukan dan kokurikulum, terdapat sebuah padang bolasepak, dua buah gelanggang sepaktakraw dan sebuah gelanggang bola tampar. Jumlah pelajar sekolah pada masa ini ialah seramai 290 orang.Manakala bilangan guru ialah seramai 35 orang dan 9 orang kakitangan sokongan. Pelajar sekolah ini meliputi daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima.


MISI SMA JAIM AL-AHMADI

SMA Al Ahmadi Memberikan Perkhidmatan Pendidikan Yang Pelbagai Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

VISI SMA JAIM AL-AHMADI

SMA JAIM Al Ahmadi SABK Terbaik Negeri Melaka Menjelang 2015.

MOTO SMA JAIM AL-AHMADI

Berilmu, Beriman dan Beramal.

PIAGAM PELANGGAN SMA AL-AHMADI

Kami kakitangan SMA JAIM Al-Ahmadi berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

Memberikan khidmat pendidikan yang berkualiti bagi menghasilkan pelajar yang matang, seimbang dan berketrampilan.

Bekerja dengan lebih imaginatif, kreatif dan inovatif bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam semua bidang.

Mengurus tugasan pendidikan dengan cekap, berkesan dan mesra berlandaskan dedikasi, iltizam dan disiplin yang tinggi.

Menyediakan iklim pendidikan yang kondusif dengan menjalinkan perkhidmatan penyayang.

Lebih prihatin kepada isu-isu pelanggan dan bersedia bertindak positif dan konstruktif demi Al-Ahmadi.

BENDERA SEKOLAH

Kubah –Menuju satu matlamat
Bulan – Agama Islam
Kuning – Keceriaan
Merah – Berani menghadapi cabaran
Hijau – Kelembutan
Putih – Suci
Obor dan Buku – Ilmu Iqra’


No comments:

Post a Comment